Saturday, July 4, 2009

Cubalah Teka

Rasanya macam best gak post kan teka-teki kat sini. Kengkawan, try jawab ye teka-teki di bawah ni.
~ Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
~ Binatang apa yang power Karate?
~ Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki, siapakah saya?
~ Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
~ Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
~ Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
~ Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Pening

Ah... peninglah. Pening cari apa maksud "mangkok hayon". Haha... Ok kengkawan, apakah yang dimaksudkan dengan "mangkok hayon"? Aku dah cuba membelek-belek kamus Peribahasa Melayu-Inggeris yang baru beberapa hari aku tengok namun tak jumpa pun word "mangkuk hayon". Selepas tu, aku jenuh mencari word tersebut kat internet. Apa yang aku dapat, word tu gemar digunakan oleh remaja terhadap sesama mereka. Malam esoknya tu aku termimpi arwah cikgu aku menempik kuat kat perhimpunan dengan menyebut “mangkok hayooooooooooon.!”