Sunday, December 20, 2009

Salah kan FACEBOOK

Hehehe... tiada yang indah secantik bahasa... u all tau kan aku dah lama tak update blog... nak tau tak kenapa... sbb aku skrg layan FACEBOOK jer... so, u all salahkan FACEBOOK.

Friday, October 9, 2009

Marah konon

HUHU... Aku macam geram ada, marah ada dan rasa nak tergelak pun ada. Ada orang tengah marah dengan aku walaupun tak nak mengaku yg dia mmg marah dgn aku. Aku rasa apa yg aku buat tu bukan tujuan nak sakitkan hati dia. Yelah, maybe hati dia cepat tersentuh dan terus sedih dan akhirnya marah. Marah dgn message yg sinis jerk. Apapun, org tu ada hak nak marah aku. Lagipun, dia ada hati dan perasaan sama ada perasaan marah, suka, duka, gelisah dan apa-apa je lah. So, sape yg tgh marah dgn aku, aku mintak maaf lah yer.

Sunday, October 4, 2009

Saje nak post

Hahaha... Saje nak post picture ni.

Friday, October 2, 2009

Masih di sini

Aaghhhhh... bosan ar masih di sini... bila lah aku nak buang masih di sini... cepatlah hilangkan kebosanan aku yang masih di sini... aku dah malas lah masih di sini... asyik masih di sini... hidup aku pun masih di sini... bila lah masih di sini bertukar kat tempat lain... aku dah cukup bosan ni... arghhhh... tension nya... apapun aku masih di sini... pergilah kau masih di sini... Bila aku kat office, rumah sewa, BP Mall, Summit, Asam Manis atau mana saja kat Batu Pahat ni, aku tetap masih di sini... aku benci masih di sini.

Tuesday, September 29, 2009

Murid Tak Boleh Pakai

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas... Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan... tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata... "Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keadaan ini". Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu... apa sebenarnya yang terjadi? Guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam... Tiba-tiba... salah seorang muridnya bangun dan berkata... "sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut... ha... ha... ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai... dan kelas kembali bising macam biasa.

Saturday, July 4, 2009

Cubalah Teka

Rasanya macam best gak post kan teka-teki kat sini. Kengkawan, try jawab ye teka-teki di bawah ni.
~ Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
~ Binatang apa yang power Karate?
~ Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki, siapakah saya?
~ Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
~ Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
~ Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
~ Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Pening

Ah... peninglah. Pening cari apa maksud "mangkok hayon". Haha... Ok kengkawan, apakah yang dimaksudkan dengan "mangkok hayon"? Aku dah cuba membelek-belek kamus Peribahasa Melayu-Inggeris yang baru beberapa hari aku tengok namun tak jumpa pun word "mangkuk hayon". Selepas tu, aku jenuh mencari word tersebut kat internet. Apa yang aku dapat, word tu gemar digunakan oleh remaja terhadap sesama mereka. Malam esoknya tu aku termimpi arwah cikgu aku menempik kuat kat perhimpunan dengan menyebut “mangkok hayooooooooooon.!”

Wednesday, May 27, 2009

Apa nak buat bila rasa DOWN?

Mengapa DOWN berlaku? Sebab diri dalam keadaan tension (tertekan) terhadap kerja, GAJI, jawatan, penghargaan, pujian dan macam-macam perkara yang tidak diharapkan / tidak disengajakan / terlepas pandang / sebab manusia ni macam-macam ragamnya. Lainlah kalau semua manusia jernih hatinya, walaupun apa yang berlaku tak kisah pun baginya. Tapi bila rasa DOWN macam-macam boleh buat seperti diamkan diri tanpa buat apa-apa, bertindak untuk menghilangkan perasaan itu dengan cuba relax and think positive, menggembirakan hati sendiri dengan meluahkan apa-apa yang terbuku pada orang yang dipercayai dan apa saja yang boleh dilakukan. Tapi masalahnya semua perkara yang cuba dilakukan untuk mengatasi DOWN tetap tak dapat menyelesaikan masalah. Ada sesetengahnya cuba bertindak untuk berhenti kerja atau tak nak bagi komitmen pada tugas yang diperintah. Ada juga yang cuba untuk melepaskannya pada orang yang sepatutnya faham dengan keadaan itu tapi malangnya diberi motivasi pada masa anda tidak dapat menerima keadaan itu. Dalam hal tersebut, tiada seorang pun yang dapat JAWAB. Jadi perkara tu dibiarkan / berlalu begitu saja walaupun hati sakit menerimanya.